Tuesday 30 December 2014

Almighty Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Demi nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Kuat, Yang Maha Memberi Rezeki..

Hari ini Kau masih saksikan aku di atas bumi-Mu ini cuba sedaya upaya untuk terus tetap teguh..

Aku tidak tahu dari mana datang kuasa yang sangat positif, namun aku tahu Kau adalah puncanya.

Sampai bisa bersyukur juga merupakan satu nikmat yang sangat indah pernah Kau beri padaku

Baiknyaaaaa Allah...

Biar diri pembuat dosa yang tegar, masih bisa saja hari ini aku hidup dibawah limpahan rahmat-Mu

Baiknyaaa Allah...

Ya Allah, sungguh tidak goyang arasy Mu biar jikalau pun ramai yang menyekutukan Mu, tidak luak sedikit pu Kekayaan Mu saat kau memberi begitu banyak nikmat pada diri yang hina ini...

Ya Allah, Hamba Mohon cabut nyawa hamba ketika hamba benar-benar tunduk pada Mu, ketika tiada yang lain dalam hati hanya Engkau...

Saat nyawa dihujung kerongkongan, berilah hamba peluang menyebut namaMU dengan penuh cinta..

Hakikatnya hamba masih sedikit berbuat...

Namun janji hamba, tetap akan terus setia di jalan ini..

Kerana apa?

Kerana hamba teringin benar MELIHAT DAN BERTEMU MU NANTI.


Sunday 28 December 2014

Si Melan

Bismillahirrahmanirrahim....

Mem'blog' semasa minggu exam...

Nothing much to say, juz a plenty of rasa Syukur pada Dia kerana masih menghidupkan aku dengan nikmat yang sangat banyak, masih bagi aku kesedaran betapa kerdilnya aku, masih membenarkan aku untuk berbuat, masih mampu aku rasai kehangatan kasih sayang-Nya..

Recently, baru buat personality test.. Surprisingly, got Melan  at the highest ranking. heh
PATUT la..



Tuesday 25 November 2014

Won't forget

Bismillahirrahmanirrahim...

2 tarikh yang xkan ak lupa

14/12/12 dan pasangannya 20/11/14

haha.. first time being so specific, benda yang sangat effected in ur life kan, benda tu la yang susah kita nak lupa :)

mungkin akan bertambah lagi, so far only this two yang sangat terkesan dan berkesan.

and as i said, i will only elaborate when i want.

chill.

sa ok sedja, Allah ada.

Sekian.

Friday 14 November 2014

Blogging matcam DIARI

Bismillah...

Currently at Beringgis Beach Resort sedang mengahdiri satu bengkel, INCUBATION INTEPRENUER...



*dalam bilik ada wifi free*

Dari pengankutan, tempat tidur sampai makan semua ditaja... or we can say free. Worth it, sbb semua benda free then dapat ilmu yang bagus lagi.. pergh memang package, Alhamdulillah ya Rabb. heaven..

Since when minat dalam niaga-niaga?
SINCE niaga tudung dan dapat sambutan yang hangat, mahu try dan try lagi dalam dunia bisnes.. dan duit nampak begitu menggiurkan.

Impian dalam bisnes?
NAK bisnes sampai boleh beli kereta sendiri pada usia yang muda.
INFAK KRS dll.
TIKET bukan lagi masalah besar.

#peniagaberjaya

Selain daripada itu, alhamdulillah this sem banyak sangat benda dah upgrade, syukur ya RAbb
BAWA moto dah makin laju. *haha, poyo*
DISCOVER dan MENYALURKAN bakat dengan betul *learn Corel Draw*
BELAJAR menjadi pemimpin *tiba2 banyak jadi masulah*
TERTUBUHNYA Empire Design.
MASUK buat program di SMESH

#designerberjaya

Alhamdulillah...

Actually got so many thing in my mind, but u know.. i'm too lazy too type it all here.. so basically, this is all the thing that have happen so Far.

Salam dari penuntut ilmu, pengejar kekayaan.


Tuesday 23 September 2014

Lab Bakery FUN ^^

Bismillahirrahmanirrahim...

Its been 3 weeks (i guess) since we start study in second year, third sem.

And for the first time in my life, i feel very happy to be in lab!

hihi..

Kemarin lab bakery sangat menyenangkan, kitaorang blajar buat bun. Siapa sangka, not even me.. Sangat teruja sebab boleh buat dengan tangan sendiri even ndakla sama dengan bun-bun di luar sana.. biasala first time buat. Lab assistant cakap kami ni pandai masak maggi jak, haha.. perli nampak bang.. BTW, ndak terlambat lagi kami mau blajar.. next week going to buat muffin ^^
ndaktau la kenapa gembira sangat ni.. huhu



TQ for this gold opportunity ya RABB.

kbai ^^

Friday 29 August 2014

Komitmen..

Bismillahirrahmanirrahim...

hoyeh! mau abis sda kita punya cuti kan.... so, sudah ready kah mau masuk sem 3? *hope so..*

lepas cuti yang panjang ne, banyak tanggungjawap beratur tunggu kita untuk kita galas dorang...sedar ndak?

mau galas tanggungjawab perlukan komitmen right?

latih diri untuk pandai berkomitmen... kita mau something, tapi komitmen ya Allah, R.I.P komitmen kawan aku bilang..

seorang daie komitmennya pada agama, study, diri, keluarga bahkan pada masyarakat.

"siapa sja yang mengucap syahadah adalah seorang daie"

and its me, you, You and YOU!

hakikatnya kita tiada masa untuk jadi biasa-biasa shaja, life is too short to be an ordinary people..

ok, daaa...

selamat berjuang mujahid mujahidah!


Friday 18 July 2014

Cintaku tertinggal di Sabah...

Bismillah...

currently tinggal di sabah...
previously tinggal di sabah...
*uwww bajet jak*

i'm proudly Sabahan :)

dalam beberapa tahun ne, mmg slalu jgak pgi seberang laut china selatan, tanah semenanjung... atas urusan2 business... aisehmen~ trip-trip sdah keja bha... and seriously, ak rsa ak mmg xbleh tggl dkt sna, 'dkt sna' means KL.. even dlu pernah la ada hasrat nak hasbeng org sna.. its very sesak, ramai sangat org, bangunan tinggi-tinggi., fly over dia tinggi, takut jak bas tu jatuh... mmg la hebat dan maju, nda boleh nafikan... but i'd prefer city that surrounded by flora and fauna.. MACAM DI KK *nyanyi lagu mcm di KK* mybe kl jak yang macam tu, x pernah lagi stay-stay dekat negeri lain... kalo ikut hasrat hati, mau la jga merasa tinggal dekat kampung-kampung yang banyak sawah padi tu, macam dalam tv.. chantek btul ow~

Tapi, one thing i love the most about Sabah is GUNUNG KINABALU...

MASYAALLAH, SUBAHANALLAH!
it is so beautiful. Aku xkan pernah lupa pengalaman dapat daki gunung ne sampai puncak, the view... memang pergh! kalau diberi kesempatan mmg mau lagi naik...
dan ak betul-betul sdah jatuh cinta dengan keindahan tu..

kalau datang sabah, daki la gunung kinabalu, x menyesal.. kalo xdpt daki pun, at least tgok dia dgn mata kepala sendiri... cnfirm jatuh cinta...

YA ALLAH, tq for giving me this chance.

owh, i'm so in love with u.

Laban Rata, where we eat and sleep before continue hiking tomorow early morning.

View from the top of it.

Not to forget, ok forgot already... nevermind.

kbai.


yeah, lets dream free baby!

Monday 14 July 2014

Bismillahirrahmanirrahim....

Sekarang sudah cuti sem 2. Habis sudah tahun yang pertama, and so many things happen lah kan.. yang best yang ndak best, yang pahit yang manis... yang sibuk yang ndak sibuk... and now baru teringat that i have a blog~ haha.. *trip2 buzy* Recently diuji dengan kehilangan HP. TWO TIMES. Sangat menguji emosi. HP first yang hilang dekat 1B, which that hp i bought with my own money.. i lost so many contact number.. :( but things happen mesti ada hikmah kan~ second time dekat mesejid.., yang ne parah sikit. baru brapa minggu pakai fon dah kena culik then akhirnya sekarang aye memakai telefon 3310, but sokey la still have fon juga kan. Di saat-saat keadaan sangat-sangat memerlukan whatsapp dan sebagainya, i lost my fon, sangat banyak benda yang ketinggalan.. menjadikan diri ini terasa sangat-sangatlah tanak kampung... haha

About second sem exam, i hope i done my best. Hoping for the best result.

Hari tu ada dengar dekat radio, cerita pasal DOA. Sometimes kita mengeluh sebab xdapat apa yang kita mahu, tapi perlu kita tahu bahawa dalam berdoa juga perlu menggunakan BAHASA YANG BETUL dan perlunya ada PENYERAHAN DIRI YANG SEPENUHNYA. Bukan la nak cakap kena guna bahasa arab jak kalo berdoa even itu bahasa yang paling afdal la nak guna, but what is more important is whether kita faham or not apa yang kita minta pada Allah. After dengar pengisian ni, trus tukar ayat dalam doa 'ya Allah, lembutkanlah si polan bin si polan ........ bla bla bla' instead of 'ya Allah, kuatkanlah diri ini menghadapi provoke-provoke dari si polan bin si polan'. Kita minta dikuatkan mmg lah Allah uji...

Dalam pengisian tu cerita, sepasanga suami isteri yang bermasalah. Isteri mengadu kepada pengisi tu yang suaminya kuat marah, then pengisi tanya slalu doa apa? Isteri tu jawap minta diberi kekuatan menghadapi suaminya tu, hampir lebih kurang 18 tahun dia bersama suaminya yang pemarah tu. Then pengisi cadangan untuk tukar bahasa dalam doa isteri tu, doanya supaya minta Allah bukakan pinti hati dan lembutkan hati suaminya. Miraclely, whitin 3 months nampak perubahan suami dia dah x marah- marah macam dulu... sebab tu la pentingnya BAHASA YANG BETUL DALAM BERDOA.

So, lets PRAY together.

PRAY FOR PALESTIN!
Berdoalah seolah-olah kita pun menghadapi situasi yang sama.
:'(


Wednesday 23 April 2014


BISMILLAH..


Rasa macam mau nangis bila nampak gambar ne, syes...
Beginilah baginda Rasulullah dahulu saat dia menyebarkan kalam suci..
Ya Allah, mampukah aku bersyukur saat aku diuji cabaran..
mampukah aku bersabar saat diri menempuh ujian...
sungguh mulia pekerti baginda..
Ya Allah kurniakan aku rindu kepada Mu dan jua rindu pada Baginda..

OhAllah, i'm broken.. O Allah, fix me.. :'(

Monday 21 April 2014

IN THE NAME OF ALLAH...

Baru sahaja refresh iman, diri sudah diuji.. ya Allah... dengan kesabaran yang rapuh dan keimanan yang nipis ini aku mohon dikuatkan ya Allah. Harapan hamba mujahadah ini tidak sia-sia. redha Mu tidak akan ku dapat tanpa aku melalui kesakitan-kesakitan yang menyakitkan... takkan mampu ku raih dengan hanya rehat memanjang atau menjadi "keyboard warrior", aku ingin jadi HERO sebenar.
Maka ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hamba di atas jalan ini. Kuatkan hamba mengawal nafsu hamba. Ya, memang selalu sahaja aku mengupdate status yang berunsur keimanan, namun hanya Engkau sahaja yang tahu perlaksanaan apa yang ku ungkapkan itu. Mungkin ada saja yang melabel aku in 'keyboard warrior', namun ya Allah bukan itu yang aku mahu.. jadikanlah aku orang yang terus BERBUAT. BERKATA MEMANG SENANG, TAPI HENDAK BERBUAT, SAIIIYAAA! Moga Allah menjauhkan aku dari sifat-sifat ini.

Aku tidak mahu menjadi orang yang tertinggal dalam jalan ini, kurniakanlah hamba kekuatan, berikan hamba cintaMu.

Saturday 22 March 2014

Bukan aku tak serius.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya, sebenarnya bukan aku tak serius..
haha.. lucu juga bila acap kali akhwat kata "bila la ko mau serius ne?"... "ne lagi sorang ne, bila la mau serius?"..

bukan kata aku tak nak serius, memang aku akui aku selalu bergurau, mengolok n ect.. hihi.. and I will not say 'memang begitulah aku'...

I'm melancolic, sangat bermain dengan perasaan dan hati.. sebenarnya aku ada perasaan, cepat tersentuh, cepat menangis dan sangat melankolik sebenarnya.. tapi, aku sangat bersyukur, bersama sifat melankolik ini, Allah anugerahi aku dengan sifat pleghmatik yang damai... dua karakter inilah yang sudah menyeimbangkan hidup ku selama ini. Andai tersentuh melankolik ku, pasti pleghmatic mampu memujuknya. Do you see that? sebab itulah, kebanyakkan masa, aku selalu suka bergurau.. kerana aku telah terpujuk oleh aku.

it seems maniac to me.. hihi ^^

Gunakan personality anda dengan semaksimum mungkin dalam menguruskan diri, study, dakwah dan sebagainya. Insyaallah walau apa pun personality yang Allah kurniakan ini adalah berguna buat kita dan xkan salah perhitungan Allah itu. Tinggal lagi sama ada kita mampu menggunakannya dengan baik atau tidak.

wallahuwa'lam. :)

Friday 14 March 2014

Speaking FRENCH jap..

Bismillahirrahmanirrahim..



Oui. Allah sait. Allah sait que vous etes fatigue. Allah sait que c'est difficile pour vous. Allah sait que vous contractez votre derniere goutte d'energie. Mais vous devez egalement savoir que Dieu ne vous placer dans une situation que vous ne pouvez pas gerer.

Sunday 9 March 2014

Bila Allah Uji...

Bismillahirrahmanirrahim...

kalian tahu...
bila aku tidak mampu menahan air mataku dihadapan kalian, saat itu hati terasa sangat sedih
kalian tahu.. itu semua berkaitan dengan keluarga ku...
kalian tahu, jika aku bercerita hajat yang tidak kesampaian bersama keluarga ku, aku pasti menangis..
kalian tahu, satu-satunya sebab yang mampu membuat aku menangis di hadapan kalian itu adalah kerana keluarga ku..
disetiap banyak kalinya tangisan ku yang mampu kalian lihat...


namun.. ku gagahi hati.
buat mereka jua.

Moga Allah redha.

Bila Allah uji, pasti dia akan mengurniakan penawarnya.

Thursday 6 March 2014

In this life, there's so much thing we HAVE to give it up, for some reason or no reason, even it is something you love the most, you comfortable with, you feel that you can't live without it, you feel it is all you need....

FOR SOMETHING BETTER...

and it is called SACRIFICE.

Sunday 2 March 2014

English.

Bismillah..

English. Satu subjek yang dari sekolah rendah lagi aku memang lemah. hmm.. UPSR 4A 1B, B is BI. Alhamdulillah for PMR and SPM dapat A, syukur sangat. Then, when masuk asasi MUET, Band 2. Ok, that was so sad la. Nda berenti menangis kut, elergik jak bila orang sebut pasal MUET. Aku pun nda tau kenapa, memang nda suka belajar BI dari dulu, INI SERIUS. Oleh kerana MUET Band 2 jak, kenot ambil bahasa asing, kena ambil BI juga. fuh~ Aku dan BI memang tidak boleh dipisahkan kan.. haha :D BTW, tanggapan aku dengan BI ne berubah bila aku attend kelas BI oral masa Sem 1. The lecturer was so sporting you know, lagipun dalam kelas tu memang semua budak SSMP yang dapat band 1 dan 2 juga, so ndakla segan sangat kan.. Ok, come back to the lecturer, her name is Madam Audrey. Dia sangat pandai mengajar sampai kita nda segan pun untuk bercakap even broken and very friendly la, SERIOUSLY. Dari situ, I started English, haha.. so funny kan.. I like to come to her class. Thank you madam for teaching us. Now Sem 2 need to study BI also, but for grammar. Benda yang paling aku lemah. Belajar grammar buat aku rasa macam budak sekolah rendah -_-" hehe.. BTW, i hope i can score for this subject. Pray for me. :) smile,smile.

Penggalak adik-adik lain melukis?

Bismillah...

Alhamdulillah, buka-buka fb tengok noti, Syabab Musafir Kasih (admin praktis lukis2 tak seriyus langsung) dan Raihani Ramli comment on your photo. Okay, open new in new windows. click!

the result...

My post was pinned! I mean my karya.. huhu, hati berbunga.. tapi yang tak brapa best tu bila admin tu komen macam kat atas tu haaa... maknanya karya aku ne macam budak-budak punya la kan.. okay, orite~ but still I like it. No Worry. Kalau itu boleh buat 'adik-adik' lebih berani, aku relakan jua...

Semoga berguna.

Tuesday 25 February 2014

Sem 2

Bismillah..



Semenjak dapat result sem 1, 2 hari sebelum balik UMS banyak sudah rancangan dalam otak for sem 2. Need to be ready physically and mentally. I know its going to be tough. I know... I know it. Disebabkan result yang nda berapa mau gempak, so ada sudah timbul kesedaran dalam diri ne, aiseh.. Mana boleh kalah, Amnie sma Wan 3.5 above. Tapi dorang memang belajar betul-betul masa sem 1 tu, bukan cam aku. Astagfirullah.. So for this sem 2, i'm going to be very strick to myself in every aspect. Like seriously STRICK. I'm going to get 3.5 above, insyaallah. Mohon didoakan.

Kuliah padat, masa makin singkat, dan tanggungjawab makin bertambah.. petanda apakah ini? adakah aku matang sudah? hehe.., just joking~

dan, the most important thing is makin bertambah juga tanggungjawab. Terasa berat dengan tanggungjawab yang baru diterima, tapi aku akn cuba sedaya untuk melaksanakan. Mustahil untuk aku menolak tanggungjawab aku yang satu ne. May Allah guide me trough out this life.

"Hai orang-orang yg beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah & Rasul (Muhammad) & (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yg dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Al-Anfal:27)

Monday 24 February 2014

EXAM

Bismillahirrahmanirrahim...

:)

Teringat satu perbualan antara aku dan rakan-rakan semasa di 1B hari tu. Biasalah, topik hot lepas buka sem, semua orang sibuk berbincang mengenai pointer masing-masing. Nda kurang juga, ada yang gembira dan sedih semua sebab result lah. So, masa tu tengah makan...



"Ella cakap, ko la orang first anak melayu yang dia tau dapat 3 pointer, hahaha.." pertanyaan yang disertakan dengan gelak tawa, aku pun ketawa sekali. "Iyakah? ramai lagi bha.. Lili! lagi tinggi dari aku" sahabat tu pun jawab, "Owh, kalo gitu Lili orang kedua lah"... "Ish, macamana ko boleh capai 3 pointer zack, cuba bagitau rahsia dulu". "Hah, rahsia... hehehe.. manada rahsia"

********

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas result yang aku dapat, memang aku sendiri pun nda sangka dapat result macamtu..walaupun result xda lah seberapa sangat. Tapi itulah yang terbaik.

Kalau difikirkan balik, sebenarnya tidak ada rahsia pun untuk mencapai pointer yang baik kan. Sebab aku rasa semua orang sudah tahu. 

Firstly, opkos la kena TAWAKAL pada Allah. Mungkin ada orang yang salah konsep mengenai tawakal ne kan, tapi sebenarnya we apply tawakal sebelum, semasa dan selepas. Bukan selepas saja tau.. Dengan adanya tawakal ne, maka niat kita untuk belajar nda lari LILLAHITAALA. insyaAllah.

Secondly, bila sudah niat kerana Allah mesti kita mau bagi yang terbaik, kata orang Sabah "fullblast" untuk exam tu. Kan Allah kata dalam al-quran manusia akan memperoleh apa yang diusahakannya. Tapi, AWAS ! dalam belajar kena sentiasa perbaharui niat. luruskan semula niat Lillahitaala. Sebab, biasalah, manusia mudah lupa kan.

Thirdly, cari tempat yang sesuai untuk belajar. Aku rasa, ikut cita rasa sendiri lah. Mana yang rasa sesuai dan suka buat study group, study ramai-ramai cari rakan yang betul-betul kita boleh study dan sebolehnya kurangkan bersembang dan buka facebook atau twitter. Ikut pengalaman la.. memang distracting. Oh ya, ada satu cara yang sahabat aku buat, maybe boleh apply la. "Sistem Mothering", akan ada seorang sahabat yang jaga sahabat yang lain semasa dia study, maksudnya yang akan mengingatkan dia kalau dia lalai. Kinda berkesan juga la.

Fourth, ne prinsip yang aku pegang la. Selagi ada masa untuk baca nota dan sebagainya, teruskan baca. Kita nda tau oalan apa yang keluar, mungkin apa yang paling last kita baca itulah yang keluar dalam exam. Siapa tahu kan..

Fifth, skill semasa jawap soalan. Kalau betul-betul nda dapat jawap soalan yang kena bagi. fikirkan apa sahaja jawapan yang berkaitan dengan soalan tu, manalah tahu pemeriksa terima jawapan tu. Instead of kasi kosong seja ruang jawapan tu, memang confirm-confirm nda dapat markah.

Lastly, study study juga tapi ibadah jangan dilupa. Jangan disbabkan sibuk belajar kita tinggalkan ibadah sunat yang selalu kita buat masa nda buzy study. Sepatutnya waktu tu lah kita mohon dan lebih dekat pada Allah dan mohon pertolongan pad Yang Maha Kuasa. Bukan malah menjauh dari dia. Sebab apa, Result tu semua Allah yang menentukan, tapi disampaikan melalui pensyarah kita. Banyakkan berdoa, thats the key. DOA adalah satu kelebihan yang sangat hebat yang Allah beri pada kita. So, why not we use it? By the way, semua ibadat ne bukan kena buat waktu hampir-hampir mau exam jak, tapi perlu berterusan even selepas exam sebab selagi result nda kluar, kita msih nda selamat lagi. :)

Sikit nasihat la, bila sudah dapat result nda kira result tu ok atau nda sentiasa lah bersyukur. Jadikan result tu sebagai pelonjak semangat untuk kita lebih berusaha. Think positif! orang yang selalu berfikiran dalam kehidupan jarang sedih dan mundur. Bila kita lihat satu kelemahan atau kecacatan dari sudut yang positif, itu adalah kekuatan sebenarnya. 

So, Never Loose Hope in life and Keep Hope Alive.

Sunday 9 February 2014

Berkelana

Bismillahirrahmanirrahim...

Holidays going to end soon. rindu sudah mau blajar ne, seh.. (btul ka tu.. hehe) so, for this 2nd sem it seems that it's going to be tough. 1 thing that we should always remember, niat kerana Allah. InsyaAllah Allah permudahkan. So keep calm and keep going on! satu minggu terakhir cuti ne kinda buzy juga la..  nda boleh stay rumah suda, i'm going to berkelana.. hehe^^ Mesti my parents hairan in 1 month balik-balik jalan, btw this is for the sake of Allah and both of u. Kadang-kadang ada benda yang tak perlu semua orang tahu.

:)
#senyum penuh rahsia.

no caption


Sunday 12 January 2014

Random: so far...

Bismillahirrahmanirrahim...

31 december 2013

4 january 2014

12 january 2014


Ne hasil tangan, jiwa, perasaan dan maker kaler-kaler.. semua terhasil waktu tengah exam week :) hehehe... apalah, patut study lebih, btw dia nda ambik banyak masa pun..

Enjoy it! salam.

Friday 10 January 2014

0

Bismillahirrahmanirrahim...

10.1.2014
sudah 10 hari masuk tahun 2014. tapi rasa semangat masih semangat yang lama.. dan sudah 2 minggu dalam minggu peperiksaan. Mungkin masa cuti sebulan nanti akan banyak menyeksa iman. takut iman aku kurus cam lidi jak nanti~ nauzubillah.. moga Allah sentiasa lunakkan hati ne.. dalam masa study week ne pun rasa macam kosong jak, mungkin sebab tak banyak program. serius, KOSONG. Tapi cuba sedaya upaya untuk terus paksa diri, kalau ndak memang HANYUT. Ya Allah, bantu hamba :'(
Betu la bila kak zu cakap, time study week masa tu kita yang punya, sebab ndak perlu banyak komitmen untuk benda lain.. KITA YANG KONTROL MASA KITA SENDIRI-by our own. Begitu juga masa dekat rumah nanti.
Ya Allah, peliharalah hamba~ *jangan la iman jatuh begolek-golek waktu cuti ne..
Sudahnya, bercampur baur perasaan mau holiday.. hmmm
wallahuwa'lam.