Sunday 29 December 2013

Master Piece 2.0

Bismillahirrahmanirrahim...

Here you are, I bring you my Master Piece 2.0

Jeng.. Jeng.. Jeng..!


It was actually made on 28 DEC, but tertulis 29 DEC pla, nevermind~
Buat lukisan ne masa tengah tunggu parents ambil nak bawa kluar jalan :) hee.. excited la kite, huhu
dek kerana beta dah x mampu nak hadam OC, beta pun melakar perasaan di atas kertas nan putih..
Alhamdulillah, this morning done with OC examination. Nak kata ok, tidak berapa ok juga.. SO-SO la bak kata dr.Siew. Mohon doa semua. Semoga dapat keputusan yang baik nanti :)
Another karya is on the way! I need colour pen to finish it, but don't have it yet~ need to buy first, juz can't wait to have it.

salam.

Friday 27 December 2013

MY new 'SKETCHY'

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah~

I bought new sketch book yesterday, called 'SKETCHY' :)
like,like,like..hehe

and, TADAAAAA!!! ... this is my first MASTER PIECE AGUNG.

*mix of bubble graff letters, doodle and my mind :P

Wait for the next master piece, kbai.

SALAM.

Friday 20 December 2013

Sampah o.O

Bismillahirrahmanirrahim..

salam..

Satu pagi yang indah, aku dan kawan-kawan beramai-ramai beriringan berjalan di tepi jalan King Fisher, melihat sebuah bas dihadapan lebih kurang lima ratus meter jaraknya dari kami, ada yang melangkah lebih pantas, ingin sampai lebih cepat ke dalam bas, tak ingin tertinggal bas agaknya, telaah ku. Namun aku tetap dengan momentum berjalan yang sama, pagi ini harus dinikmati, kata ku dalam hati.

Sesampai aku ke dalam perut bas, aku memilih tempat duduk yang paling belakang, sememangnya tempat duduk kegemaran ku kerana dari sudut ini aku bisa memerhati gelagat manusia yang menumpang di dalam bas tersebut. Aku melilau mencari sahabat-sahabat lain yang sudah duduk di bahagaian hadapan. Tiba-tiba mataku terhenti melihat kelibat seorang lelaki cina sedang makan biskut yang dibawanya dari rumah sebagai alas perut sebelum ke kelas. Tidak jauh dari tempat duduk ku waktu itu. Bagai ada aura, aku terus memerhati gelagatnya.

Seusai makan biskut itu, dia pun 'mengeronyok' kata orang Sabah plastik bekas biskut itu. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ku adalah, DIHULURKAN TANGANNYA DENGAN RINGAN KE POKET KERUSI SEBELAH UNTUK MENGAMBIL SAMPAH SISA DARI TANGAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MENINGGALAKAN SAMPAH MEREKA MERATA-RATA. Waktu itu, aku bagai tersentap. LUAR BIASA DIA NE! Kataku dalam hati. Rasa malu pun ada waktu itu.

Tidak ramai yang mampu berbuat begini pada waktu ini. TIDAK JATUH PUN MARUAHNYA berbuat demikian. Mungkin ramai yang menganggap perkara ini hanya remeh temeh, tidak kurang juga ada yang anggap orang yang tolong kutip sampah ne 'low class' lah, kotor lah. Namun inilah gambaran batin sesorang itu. SIAPA yang sebenarnya 'low class'?


SO, guys DO NOT LITTER! help urself to help others..
Ringankan la tulang kalau ada nampak sampah 'beampaian' tu.. hee..

*teringat waktu skola dulu slalu kutip sampah dengan azwa, 'pahala beampaiannya' katanya:)

peace.

Wednesday 18 December 2013

PENGORBANAN

Bismillahirrahmanirrahim...

salam..
buat yang sudi mampir meluang sedikit masa membaca...

mengemis cinta Allah
PENGORBANAN..
satu perkataan yang...
realitinya takkan ada manusia yang suka padanya..
bukan senang untuk melaksanakannya
pasti kesusahan dari pelbagai sudut mengiringi sepanjang PENGORBANAN..
namun, tidak mustahil ada yang sanggup dengan adanya satu DRIVING FORCE..
sesuatu yang buat kita tidak kisah untuk berkorban
buat kita sanggup untuk merasai kepahitan dan kepayahan
carilah DRIVING FORCE kita!
agar diri terbiasa berkorban buat yang sepatutnya..

moga Allah la driving force utama kita.


#terima kasih buat 'dia' yang telah banyak mengajar aku erti pengorbanan ini, biarpun susah namun itulah penyebab aku bertemu driving force sejati ku. Terima kasih ya Allah.  Fi hifzillah.

Sunday 15 December 2013

jaulah SANDAKAN MAREEE!

Bismillahirrahmanirrahim...
dalam kerendahan hati, memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada dia yang maha Esa kerana masih mengurniakan nafas sehingga ke saat ini.
Selawat dan salam buat junjungan tinggi murabbi agung Muhammad S.A.W.. buat keluarga baginda, sahabat sahabiah... yang banyak berjuang, berkorban peluh dan darah demi menegakkan islam sehingga sampai pada kita.. Syukur Alhamdulillah..

Waktu ini aku menulis dalam gelombang-gelombang ombak jalan didaratan. Semasa perjalanan untuk kembali semula ke Kota Kinabalu, setelah sehari berjaulah ke Sandakan.

Biarpun jaulah kali in banyak dihabiskan di dalam bas, selama lebih kurang tujuh jam di dalam bas, penat tak usah nak di kata. Semua pasti merasa. Namun inilah dia mujahadah yang kita perlu lakukan. PENGORBANAN. Sejauh mana kita sanggup berkorban untuk menggapai redha Allah?

Ya, sudah pasti ramai yang mampu berkata mengenai topik pengorbanan dijalan Allah. Namun seramai itu jugakah yang mampu untuk menterjemah segala kata-kata mereka itu dalam bentuk perbuatan?Tepuk dada, tanya iman..

Semoga Allah redha dengan apa yang telah kita usahakan ini wahai akhwat sekalian...
Andai yang lain tidak mampu memahami tindakan ini, ingatlah Allah sentiasa tahu..

*first thing first : luruskan niat!