Thursday 26 September 2013

Pelajar Muslim VS. Muslim yang Belajar

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan dan nikmat untuk terus menulis entry di dalam blog:) *sengih*

which one is right? which one is you? and which one u wanna be?
PELAJAR MUSLIM OR MUSLIM YANG BELAJAR??

Kedua-dua term ini berbeza dari segi PRIORITY mereka.

PELAJAR MUSLIM,
which word comes first? PELAJAR=STUDY.. so, kita boleh lihat bahawa prioritinya adalah belajar. manakala...

MUSLIM YANG BELAJAR,
the initial is MUSLIM.. maka islam adalah prioritynya... bukan bermaksud kita melihat priority dari perkataan apa yang comes first, but this is the hakikat that we face nowadays...

ramai PELAJAR MUSLIM, tapi tidak ramai MUSLIM YANG BELAJAR...

ok, baiklah.... *tarik nafas, hembus nafas* fuuuhh...


Bila belajar menjadi satu prioriti dalam kehidupan seseorang pelajar, maka banyak benda yang akan terabai. Contohnya, masa solat..

"ALLAHUAKHBAR... ALLAHUAKHBAR...."

"wei, masuk sda zohor la... hmmmm.. *sambil belek-belek buku* kijap lagi la, tida banyak lagi bha ini, ada 50 muka surat lagi ne, sempat thu sia kasi habis sebelum habis waktu zohor... ok, fighting, fighting!"

(sepatutnya: solat di awal waktu)

atau pun, kalo dah tension study

"haiyooooo~~~ tension sia ow.. banyak btul ne kerja mau buat.. assignment la apa la.. atooookkkooooi! kalo gitu, untuk release tension sia tingu video kelakar lah dulu, lepas tu sia mau ajak si Pele pi 1B kalo tidak juga release tension sia ne"

sedangkan dalam Al-quran sendiri Allah berfirman,

QS(13:28) "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah, ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

BAGAIMANA NAK INGAT ALLAH?

  • Baca Al-quran
  • Zikir
  • Tengok alam
  • Dhuha
  • Mathurat
  • Tahajud 
  • Qiammulail
  • Majlis ilmu
  • etc
Banyak cara sebenarnya, tapi kita selalu kecilkan skop "ingat Allah" dengan hanya zikir dan al-quran...
 
Apa yang sepatutnya saya buat??
Mari kita sama-sama betulkan prioriti kita:) 

"Allah nombor 1, tapi study bukan nombor 2"

ps: jangan dilihat pada yang menulis, kerana yang menulis juga manusia.. buat peringatan diri dan juga yang membaca...moga Allah lihat usaha kita.

#xoxo#




Wednesday 18 September 2013

CINCIN


Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-

أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat” [Majmu' Fataawa 25/63-65].


Sunday 15 September 2013

'HOMESICK'

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Semakin hari tinggal di hostel kg.E UMS ne, semakin 'homesick' aku rasa. Mana taknya, kebanyakan masa aku terperap dalam bilik, sebab tak mahu join aktiviti yang depa (kg.E) jalankan, pastinya y melalaikan.. lebih baik aku terperap dalam bilik, kemas-kemas bilik dan sebagainya.. baca buku, rehatkan diri yang pastinya.. Tapi, memang tak boleh nafi, kalo duk sorang dalam bilik ne pasti teringat-ingat ja macam-macam... teringatkan rumah, keluarga, kawan-kawan, peristiwa-peristiwa lalu, n y recently happen asasi lah.. sedih, nangis seakan menjadi rutin harian. Minta Allah azzawajalla kuatkan hati ini, kadang-kadang diri ini bertanya kenapa perlu aku tinggal di kg.E dan terpisah dari kawan-kawan yang lain?? rasa ingin saja memberontak memikirkan nasib. Namun, keimanan masih ada.. hati kecil tetap mengingatkan bahawa setiap yang Allah tentukan tu pasti ada hikmahnya.. hanya aku sahaja yang belum nampak hikmah di sebalik rancangan Allah ini.. aku benar-benar rindu dengan mereka, sentiasa aku panjatkan doa pada Dia yang Maha Mendengar buat mereka yang aku rindui.. mungkin ini salah satu hikmahnya, agar aku lebih kerap berdoa padanya, dan kerap berdoa buat insan lain. Di mana pun Allah tempatkan kita, Dia sentiasa ada bersama kita walaupun orang yang selalu bersama kita tiada. Ya Allah, tunjukkanlah aku hikmah-hikmah disebalik rancangan Mu ini..

*ya Allah, masukkan aku dalam golongan orang-orang yang bersabar keranaMU*

Monday 9 September 2013

Budak U!

Bismillahirrahmanirrahim...

well, da selamat bergelar sebagai seorang PELAJAR UNIVERSITI di UMS.. its a bless. mndapat course pilihan kedua: TEKNOLOGI MAKANAN DAN BIOPROSES. this is the best for me, insyaallah.. and i find it OHSEM! (lpas program bersama skola hritu, im happy with it) but, hve to admit that mmg ramai pelajar cina la, nevermind setakat yang aku da jumpa, semua pon ok.. hope can cope with them alhamdulillah:) msm going to end soon, very tiring.. their time managment for this ceremony was very bad- honestly. BTW its a test. -cool- may Allah bless us. its going to be be lots of different from asasi, wish i can adapt fast. today start kuliah first, well x sangka sebenarnya sudah masuk degree, rasa diri ni masih budak-budak sekolah, seriously~ (need to accept the reality right) macam my father always said when im in form five "kau tu bukan budak darjah lima lagi" when im in asasi "kau tu bukan budak tingkatan lima lagi".. ada kebenaran di situ, tiada sangkalan.. so, im encourage myself to never give up coz allah will always be with us, truskan perjuangan.. BELAJAR=IBADAH.. jum luruskan niat LILLAHI TAALA.. untuk sahabat-sahabat yang aku sayangi, aku sayang kalian<3 aku doakan yang terbaik buat kalian, kalian banyak mengajar aku.. terima kasih sahabat. doakan aku juga.. semoga kita tidak jauh dariNya.