Sunday 30 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim~
hari ne hari last tahun 2012!!!
uhhh...sangat lah tidak sedar, cepat sungguh msa berlalu dan dlam tempoh tu juga sudah banyak peristiwa pahit:( manis:) yang kita lalui... *melankolik* hahaha..
semoga kedatangan tahun 2013 membawa banyak kejayaan dari segi apa pun kejayaan...
INSYAALLAH~
i hope miracle happen ;)

Saturday 29 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

#np MAHLIGAI KASIH

dengar lagu ne, teringat pla dkat skolah dlu~
hmm... msa tu, pagi2 lagi me n ida pegi mkbest (makmal bestari/ makmal komputer) memandangkan ida bridget bestari masa tu, so dia ada lah pegang kunci bilik tu~ hehee... n memang msa tu budak2 memang gila sangat mw pgy blik tu mw on9 fb.. hahah:) al kesah.... kami pun stay dekat bilik tu sambil denngar lagu ne... sedar x sedar msa tu sdah waktu assembly, ak pun pgy tgok dekat tingkap tgok semua kelas2 sudah kosong, apa lagi aku pun panik lah... tp kan c ida cool2 sedja~ haiyaaaa... punya lah takut busted, sudah lah tiada niat mw ESCAPE essambly pun... so, kami pun duduk jak lah diam2 dalam makmal tu sampai bdak2 lain balik dari assembly... ngeeee~ naseb baek x busted...:P hehehee... n hari tu, tercipta lah sejarah TERescape tanpa TERbusted ya... hahahaha:)

huuuuuu....i miss SMESH:'(

Friday 28 December 2012

pleghmatis+melankolik

Bismillahirrahmaniraahim..

baru aku tau bahawa aku ne jenis orang PLEGHMATIS dan MELANKOLIK...
:)

ok, secara dasarnya orang yang dari jenis pleghmatis ne sorang yang COOL~ eseh, cool lah sangat kan.. i mean, relaks.. tapi kadang-kadang tu ndak juga sebab kadang-kadang melankolik lagi kuat daripada pleghmatis. Selain tu, orang yang plegmatis ne dy susah untuk detect masalah.. betul sangat~ tapi, ada kelebihan, selalunya bila dy berdepan dengan orang yang melankolik, singgionis dan coloric dy boleh jadi penenang sebab dy sentiasa tenang n relaks.. (ne mengikut kajian n pemerhatian lah) dy ne memang susah mw detect masalah kalau bersendirian, tetapi kalo orang lain mengalami masalah senang jak dy detect.. haha~ but, its good apa...

ok, kalo melankolik pula suka bermain dengan perasaan dan selalunya suka berprasangka.. contoh mcm orang tengok semacam jak, mesti dy akan fkir orang tu x senang dengan dy or orang tu marah atau x suka sma dy... ne kira keburukan orang yang jenis melankolik lah... lagi..... dy ne susah cket mw percaya orang untuk buat kerja... (yah, kdg2) n dy x boleh mw sambung kerja yang separuh, contoh tiba2 dy kena suru buat kerja orang yang dah separuh siap, dy x boleh sebab dy mesti kena mula dari awal kerja tu by their own hands~ n lagi dy ne agak sistematik dan sangat sukakan table.. sebab mereka ne agak terurus~ :) heeeee... 

"kenalilah diri sendiri.. x kenal maka x cinta, siapa yang x kenal dirinya maka dy x cinta pda dirinya"
haha, lol.
love urself:)

.... engkaulah manusia, sebaik-baik ciptaan....

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA:)

Wednesday 26 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim~

alhamdulillah, pas dari program tu mmg byk perubhan yang dapt d lihat... 
syukkur sangaddd...:') 

semoga istiqamah ya....
n me will owez support kamurang.. i like it!

Thursday 20 December 2012

:'(

Bismillahirrahmanirrahim...

#np: buatmu ibu

ya Allah... syes, skrg rasa rindu sangat dengan bapa and mama...
*letak tangan di dada baca al-fatihah harap bapa and mama rasa yang sama*
bila bapa call tadi, aku tw dia maw aku balik sebab aku sudah lma x balik..:'( walaupun bapa cakap "kalau kau mau balik lah", i know deep inside ur heart...

and i said i wanna go home! so excited coz i damnly miss 'em~
but, ma... pa... aku ada program... aku sdah janji dengan kakak2 2... maaf ma pa~:'(
*cry*

...i'm smiling, but inside i'm dying..

bergenang air mataku..

tabahlah hati.....................


Tuesday 18 December 2012

%^&$36&^$&

i'm a stalker...
so be carefull~

04.12.2012

i'll remember this date forever~ 
45476#$#*%#@#@**^&(&456%*^%%8....
hahahaha... i try to type it~ but... uh, nvrmind~ :D

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Bismillahirrahmanirrahim...

hamba harap yang terbaik dariMu ya Allah~
dalam kekuasaan Mu jua segala yang ada pada diri yang kerdil ini..
ya Allah jagakan hati ini
yang menjadi raja dalam diri ini
andai baik, maka baiklah seluruh jiwa
andai buruk, maka buruklah seluruh jiwa
hamba mohon agar hati ini sentiasa dekat padaMu
moga setiap jalan yang hamba lalui tidak lepas dari bersamaMu
sentiasa dalam ketenangan hakiki
sesungguhnya mengingatiMu 
menumbuhkan ketenangan yang luar biasa
sungguh Engkau maha pengasih lagi maha penyayang
ya Allah, kuatkan diri ini dalam menghadapi ombak kehidupan
agar tidak lemas dilautan kefanaan dunia yang dalam
agar setiap nafas bersama kekuatanMu
ya Allah sungguh setiap apa yang Kau jadikan bersama hikmahnya
turunkan di dalam hati ini rasa kecintaan padaMu lebih dari kecintaan manusia
tanamkan dalam hati ini rasa rindu padaMu lebih dari kerinduan insani
tidak mampu ku nafi, mengingatiMu ketenangan abadi
namun tidak mampu ku nafi fitrahku yang sering lupa
kadang-kadang aku lupa Kau sentiasa ada
kadang-kadang aku tidak bersandar padaMu
kadang-kadang aku menyalahkanMu
kadang-kadang aku lupa apa tugas ku
dan kadang-kadang aku lupa ak hanyalah hambaMu
tidak layak kuterima semua nikmatMu ini ya Allah
namun kasih sayangMu mendahului kemurkaanMu
ampunilah hamba ya Allah...
sungguh Engkau maha Pengampun...

Monday 17 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

agak tertarik dengan soalan salah seorang rakan semasa tazkrah smlm...

"kenapa ada orang yang belajar sungguh-sungguh, semangat tapi dapat pointer rendah dan ada yang x blajar tapi  dapat pointer yang bagus? kan ada sahabat kita cakap what u give u get back"

ada banyak konsep sebenarnya yang kita perlu faham dalam hidup kita ne...betul.

1. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi melihat kepada USAHA kita. Tidak kira lah hasilnya kemudian nanti, apa yang penting adakah kita sudah berusaha untuk melakukan sesuatu itu. Banyak kita lihat orang-orang yang tidak beragama islam berjaya, namun kejayaannya itu sudah tentu tidak diiringi dengan keberkatan kan. Mungkin ada orang yang dapat pointer 4 flat, tapi meniru, nampak ketidakberkatannya di situ. Tapi InsyaAllah dengan usaha kita sendiri tu diiringi dengan keberkatan daripada Allah. Mana yang lebih penting, keberkatan Allah atau kejayaan yang sementara tu?

2. Bila kita bercakap mengenai 'what u give u get back', we tends to kecilkan skop maksud benda ne. Contohnya study, mesti dapat 4 flat jika sudah berusaha bersungguh-sungguh. Tetapi ada juga orang yang belajar bersungguh-sungguh x dapat keputusan yang baik. kenapa? ok, memang betul what u give u get back, tapi tidak semestinya bila kita belajar bersungguh-sungguh Allah bagi 4flat semata. tidak. Allah tetap bagi yang sama dengan apa yang kita usahakan tu, tapi bukan dalam bentuk pointer, tapi dalam bentuk yang lain. Contoh kesihatan yang baik, kefahaman yang bagus, ingatan yang kuat.

3. Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya. Mungkin bila Allah bagi kita 4 flat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, kita riak n cakap semua yang kita dapat tu adalah atas usaha kita sendiri. Padahal pada hakikatnya, itu semua aturan dan rezeki daripada Allah. Allah tu sweet. DIA xmaw kita riak dengan kejayaan, so Allah bagi sedikit ujian supaya kita tidak lupa kepadaNya dan lebih dekat dengaNya <3 boleh jadi juga, rezeki kita bukan di situ, kerana mungkin Allah ada sesuatu yang lebih baik buat kita pada masa hadapan.

perancangan Allah itu sangat indah, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita.

Wednesday 12 December 2012

hari ne, ak puas haty sangat sebab bnda yang dah la ak mw bwat, at last tercapai hari ne~ HAHAHAHAHAHAHAHAHA.... *evil laugh* ;D

(le me: someone please sedarkan aku!)

memang dah lama sangat ak mengidam mw ESCAPE tutorial m3 ne....
n nmpknya mmg ak sorang jak lah yang evil dr tuto ak ne, mybe.... ak tanya tutom8 ak yang lain, suma cakap dorang pgy.... great! u ollsss mmg budak baik~

ak xtw knp ak buat bgne, apa yang pasti, bla ak da ckp ak mw bwt smtg tu, ak akan buat selagi ak mampu  buat, n akan cari peluang d mana pintu peluang terbuka tidak kira luas ataupun sempit...

amaran: jgn amalkan tabiat ini :) haha..

enough zack, jangan buat lagy...

Sunday 9 December 2012

this is just.... ehmmm...ehm... something yang slalu belaku di dunia yang nyata, reliti, dan fana ini... *eseh.. ayat tu bha*

bnda ne berkaitan dengan solat~ 

solat ne lah msa untuk kita smua menghadap Allah, msa ne lah mw mengadu semua dengan Dia~ but, untuk melaksanakan solat kita perlu khusyuk n betul2 bagi komitmen untuk solat kita tu... knp blaja boleh khusyuk sangat tp, mw solat x boleh pla??? hmm... kalo hal yang ne datang dari diri sendiri... tp, lai  pla kalo berpunca dari orang lain... ne yang susah cket~ bayangkan msa kita tengah2 solat, ada pla orang yang tengah main lagu cinta ka apa ka... cmna kita mw dapat khusyuk dengan surrounding mcm ne~ mmg susah kalo org x phm... n xmw paham...suasana mcm ne sangat-sangat lah menganggu kita untuk melaksanakan ibadah ne, kenapa org xmw paham ya... orang yang solat tu memerlukan kekhusyukan n fokus semasa dy solat... but, bla anda sudah pasang lagu kuat2 n buat bising... anda sudah mengganggu dy~ secara tidak langsung mengganggu orang yang tengah solat tu kan.. sudah la mw dapat khusyuk tu amat susah, ne kan lagi di ganggu mcm tu... sudahnya, solat orang tu mcm xda apa2... n yang dapat saham siapa??? kita yang mengganggu tu....  

ne untuk igatan diri sndiri lah juga.... semoga Allah sentiasa bukakan hati kita untuk realise bnda ne...
Bismillahirahmanirrahim...

what do you feel when u do something, and i turns wrong???
ok... it feels bad, of course~
:( sangat malu bila benda tu sebenarnya rahsia, dan kita yang x tau apa2 ne tiba2 tercakap di khalayak ramai... sampai sekarang xdapat lupa hal tu... *malunya* ntah xtaw dimana silapnya dan salah siapa?? tp, seriously ak xtw pun pasal bnda tu adalah rahsia, coz no one tell me before.. and i just join them, trus ada tugas.... ok, tu xpa lah i don't even care~ tapi..... xda siapa pun yang kctw ak pasal bnda tu...

astagfirullahalazim~ k, ini sudah menyalahkan orang lain kan *x bagus*.. k, mybe this is all my fault juga la...

prngajaran: lain kali hati2~

Friday 7 December 2012

lately, slalu mimpi yang x baggus2~
nmpk muka orang buruk lah... bad things happn lah.. n etc etc~ 
harap2 lah djauhkan...

.:le sad me:.

Thursday 6 December 2012


Bismillahirrahmanirrahim...

this will be my task n i will be presenting this for next week :)
Insyaallah...
***********************************

.:Tafsir Surah Ad-Dhuha:.

Surah ini merupakan surah makkiyah. Turun ketika Nabi SAW sedang bersendirian. Surah ini turun setelah berlaku suatu tempoh masa tiadanya wahyu baru yang turun kepada baginda sehingga menimbulkan fitnah di kalangan penduduk di Kota Makkah.

Hadith daripada Jundub RA, ia berkata, bahawasanya Rasulullah SAW telah tidak bangun untuk berqiyamullail selama 1 atau 2 malam. Kemudian telah datang kepada baginda seorang wanita seraya bertanya, "Bagaimanakah syaitanmu wahai Rasulullah?" Nabi SAW diam. Setelah itu Allah telah menurunkan surah Ad-Dhuha sebagai jawapan kepada wanita tersebut. [Muttafaqun Alaih]

Dalam hadith yang lain pula, Ibn Abbas RA berkata, bahawasanya Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) telah berkata, "Malaikat dan wahyu sudah tidak turun lag. Tuhan telah memutuskan hubungan dengan dia". kemudian Ummu Jamil telah menyebarkan perkara tersebut ke khalayak ramai. Akibatnya Rasulullah SAW berasa susah hati. Lalu Allah telah menurunkan Surah Ad-Dhuha.

Ayat 1:
Maksudnya - Demi waktu Dhuha
Penjelasan :


  • Allah bersumpah dengan waktu Dhuha (waktu naik matahari)



  • Allah bersumpah pada waktu Dhuha kerana Ummu Jamil telah menyebarkan fitnahnya tentang pemberhentian wahyu pada waktu-waktu tersebut.


Ayat 2:
Maksudnya - Dan demi malam apabila telah sunyi
Penjelasan :


  • Allah bersumpah dengan waktu malam (apabila ia menjadi gelap)



  • Kerana telah bertanya wanita dalam hatith pertama tadi tentang waktu malam baginda.


Ayat 3:
Maksudnya - Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada (pula) benci padamu
Penjelasan :


  • Allah tidak sekali-kali meninggalkan Rasulullah SAW bersendirian sewaktu fitnah-fitnah terebut melanda.



  • Allah bersumpah bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah SAW pada waktu Dhuha ataupun waktu malam.



  • Allah menyayangi dan menjaga baginda sejak dari dalam kandungan hinggalah pada ketika surah itu diturunkan.


Ayat 4:
Maksudnya - Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan
Penjelasan :


  • Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agung di dunia dan di akhirat.


Ayat 5:
Maksudnya - Dan kelak tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas.
Penjelasan :


  • Akan diberikan kepada Rasulullah SAW (di akhirat) segala nikmat yang paling besar yakni boleh mensyafaatkan sekalian manusia dan juga sungai Al-Kautsar di dalam syurga.


Ayat 6:
Maksudnya - Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang anak yatim, lalu Dia melindungimu.
Penjelasan -


  • Allah telah mengurniakan Nabi SAW dengan ibu-ibu susuan dan orang-orang yang mendidik baginda sewaktu ibu baginda masih hidup.
  • Setelah kewafatan ibu baginda, Allah telah mengirimkan orang-orang yang menjaga Nabi Muhammad SAW sehingga dewasa. (Abdul Mutalib, Abu Talib)


Ayat 7:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Penjelasan -


  • Muhammad bukanlah tergolong dalam golongan Nabi dan Rasul sehinggalah umur Baginda 40 tahun, 2 bulan, 12 hari.
  • Setelah tiba masanya, Allah melantik Muhammad Bin Abdullah sebagai seorang Rasul.
  • Ini bermakna Allah telah menaikkan darjat baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul.


Ayat 8:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan
Penjelasan -


  • Nabi Muhammad SAW lahir dalam keluarga yang sangat susah lalu Allah menjadikan Nabi seorang yang kaya.
  • Dengan kurniaan Agama Islam
  • Dengan terbentuknya sebuah Negara Islam
  • Dengan perkahwinan baginda denag seorang saudagar yang kaya raya (Siti Khadijah).
  • Mempunyai para sahabat yang jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan Agama Islam.
  • Dikurniakan segala kenikmatan syurga.


Ayat 9:
Maksudnya - Adapun terhadap anak yatim maka janganlah diambil hartanya.


Ayat 10:
Maksudnya - dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya

Ayat 11:
Maksudnya - Dan terhadap nikmat tuhanmu maka hendaklah kamu sentiasa bersyukur


  • Surah Ad-Dhuha paling afdhal dibaca ketika solat Dhuha.


Fadhilat surah Ad-Dhuha


  1. Mengeratkan hubungan dengan Allah SWT
  2. Mendapat kemudahan hidup
  3. Dikabulkan permintaan
  4. Untuk menenangkan jiwa dari kesedihan dan kekacauan.

i like to recite this surah, thats why i choose ad-dhuha<3

Bismillahirrahmanirrahim....

oke.. hari ne supposely kuliah m3 n sgt bersemangat bangun pagi semata-mata untuk datang awal pgy kuliah... tup-tup! skali datang pgy auditorium... n duduk2 kejap ceta2... tiba2 xda pulak~ ok fine~~~ tp, xpa lah bole jga ak blogging2 cne mega lab... hahah ;D

*********************************************
oke, ak barui dengar brita yang ada budak perempuan kena rogol dekat kg.E UMS... oh my~~~ sangat terkejut, n yang lagi epik tuuu... lelaki tu pakai pakaian perempuan, menyamar sebagai perempuan berpurdah.. aish~ sakit hati pula ak dengar brita ne...
kepada wanita2, berhati-hatilah... sekarang ne orang perogol2 ne da banyak cara ntuk puaskan hawa nafsu dorang tu...


Wednesday 5 December 2012

BTN

tguk word tu pun rasa mcm gatal mata, ckup lah skali ak pgy~ terlalu... hmmm..ntah la~

yang pntg ak xmw pgy btn lagy, mls lah... lagi2 ak dpat d membakut, lagi lah harapan ak mw pgy.. maaf lah, but this time i really dowana go for btn... btn is no-no thing for me...

sekadaar mw dengar ceramah pasal negara, i don't think so... and, what is the purpose of this btn thingy~~~???? *buat muka blank*

msa pegy form 5 dlu pun, msa dekat surau ceramah dy mengenai politik... u know, i don't like politik like seriously! ntah la...politik sekarang bukan mcm politik zaman Rasulullah dahulu... n seriously i got confused dgn politik zaman skrg~ =.=" dowana involved in this thing... skrg kita sudah xtw mana y btul mana yang salah....

kali ne, ak x kesah mw kena marah ka, apa ka... i dowana go, titik!

conclusion: btn bye2!


Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah sudah lepas midterm for bio and chem~ and alhamdulillah oke lah, sangkut cket jak,,,yakin jak lah dengan jwpan tuuu...

now m3 turn...

and as usual, this is really not my thing~
makin dekat dengan xm tu, makin mls ak mw blaja bnda tuu.... kalo mw apply perangai ne dengan subjek m3 mmg naya laaahhh~ *tp buat juga cm tu*

...and today, 1st tym in my life sejak mula sem2 hari khamis (yang tidak cuti) ak rasa bahagia sbb x msuk tutorial m3~ heeeee *senyum smpai telinga* bukan sbb escape ahhh~ haha...:) sbb suda dtg TUTORIAL MATHEMATICS selama 3 JAM pada hari AHAD y lalu... highlight AHAD yaaaa~ msa tu mmg lah semangat mw blaja m3 tuuu, tp skali msuk kelas tu..btul2 hampeh~ syes...

skrg ne sepatutnya ak tengah depan kertas m3, or anything yang berkaitan dengan m3...
tapiiii.....
hati kata mau, tangan kata malas, otak mw rehat, kaki xmw berganjak dari tmpt dy berpijak sekarang..... great! *sigh*

tapi, slepas melayan kemalasan ne, ak buat lah..hehe.. xkan lah mw hardcore sgt sampai xmw buat langsong...kalo GENIUS xpa juga kan.. haha, lol:)


Monday 3 December 2012

MAPEL LAB

Hari ne sya buat mapel lab, ikut tutorial 9... c adrian minta puji...
dia menyanyi lagu "dunia khayalan"... n  dia post smtg yang amat minta puji... sabar jak la =.=" kalo mw tguk.. buka ne link..
http://www.liriklagumuzika.com/2009/02/lirik-dunia-khayalan-gina-ost-sinetron.html

Sunday 2 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim......

sem 2 ternyata tidak seindah yang disangka..... semua bnda yang dirancang pun tdak dpt smua dlaksanakan~ n target2 hanya separuh shja yang dapat dicapai.... btw, alhamdulillah menunjukkan sedikit peningkatan....:) *seeehhh n ak rasa..... ak baru sedaar ak memang x suka bab2 mengira, kira duit suka lah~ hahaha...:D tu lah psal me agak "noob" in m3...oh ya, dipanggil mathematics tapi sebenarnya additional mathematics ya.... =.='' ini lah sebabnya, msa sem1 pun my m3 spoil:( hmmm... i don't have the solution for this prob~ sbb mmg x suka lah mw buat latihan.... zack pemalas... xda cara senang ka selain buat latihan ya??? hmmm... kalo ada cara senang, semua manusia d dunia ne pandai... lol.

bon courage zack!


le ipah~









xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo<3
ok..how to start aaa~ 

pasal tutorial m3 ak~ syes, ak sgt bengang, n etc etc... senang mw ckp geramji lah~ hmmm... i don't know what to say... but, i  don't get anything from that tutorial.. ok, mybe ak manja..smua mw kna suap.. wah, ini apa?? mknn pun tiada mw d suap.... haih~ 

ok, mgkn mmmg bkan 100% slah tu tuto, dy juz...mgkn x ssuai dlm arena pen'tutorial'an ne... and bnda ne sgt2 lah buat ak down n fed-up bla evrytime ak msuk dlm ttrial i got nothing at all! 

n now is the time...
ntk tukar strategi... syes, pasne ak rasa,,, mati2 xmau msuk ttrial tu lagy... tp, miss ne baek~x smpai hty pla... aih..( mcmna la ana ble than 2sem gne) i'll still msuk dat ttrial tp ntk khdiran shja...

ok..bla fkir balik, mmg inilah university life kan..... so~ mmg da bdaya U mcmne.. thus, me y kna adapt~ soooooooooo.... we'll see what can i do after this to overcome this problem...

chaiyo zack!
 <3

Saturday 1 December 2012

when you miss someone~~

Ustaz Don Daniyal kata :

"Kalau rindukan seseorang, baca AL-FATIHAH sambil tangan di dada.
Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita
padanya" :)