Monday 17 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

agak tertarik dengan soalan salah seorang rakan semasa tazkrah smlm...

"kenapa ada orang yang belajar sungguh-sungguh, semangat tapi dapat pointer rendah dan ada yang x blajar tapi  dapat pointer yang bagus? kan ada sahabat kita cakap what u give u get back"

ada banyak konsep sebenarnya yang kita perlu faham dalam hidup kita ne...betul.

1. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi melihat kepada USAHA kita. Tidak kira lah hasilnya kemudian nanti, apa yang penting adakah kita sudah berusaha untuk melakukan sesuatu itu. Banyak kita lihat orang-orang yang tidak beragama islam berjaya, namun kejayaannya itu sudah tentu tidak diiringi dengan keberkatan kan. Mungkin ada orang yang dapat pointer 4 flat, tapi meniru, nampak ketidakberkatannya di situ. Tapi InsyaAllah dengan usaha kita sendiri tu diiringi dengan keberkatan daripada Allah. Mana yang lebih penting, keberkatan Allah atau kejayaan yang sementara tu?

2. Bila kita bercakap mengenai 'what u give u get back', we tends to kecilkan skop maksud benda ne. Contohnya study, mesti dapat 4 flat jika sudah berusaha bersungguh-sungguh. Tetapi ada juga orang yang belajar bersungguh-sungguh x dapat keputusan yang baik. kenapa? ok, memang betul what u give u get back, tapi tidak semestinya bila kita belajar bersungguh-sungguh Allah bagi 4flat semata. tidak. Allah tetap bagi yang sama dengan apa yang kita usahakan tu, tapi bukan dalam bentuk pointer, tapi dalam bentuk yang lain. Contoh kesihatan yang baik, kefahaman yang bagus, ingatan yang kuat.

3. Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya. Mungkin bila Allah bagi kita 4 flat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, kita riak n cakap semua yang kita dapat tu adalah atas usaha kita sendiri. Padahal pada hakikatnya, itu semua aturan dan rezeki daripada Allah. Allah tu sweet. DIA xmaw kita riak dengan kejayaan, so Allah bagi sedikit ujian supaya kita tidak lupa kepadaNya dan lebih dekat dengaNya <3 boleh jadi juga, rezeki kita bukan di situ, kerana mungkin Allah ada sesuatu yang lebih baik buat kita pada masa hadapan.

perancangan Allah itu sangat indah, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita.

No comments:

Post a Comment