Sunday 15 September 2013

'HOMESICK'

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Semakin hari tinggal di hostel kg.E UMS ne, semakin 'homesick' aku rasa. Mana taknya, kebanyakan masa aku terperap dalam bilik, sebab tak mahu join aktiviti yang depa (kg.E) jalankan, pastinya y melalaikan.. lebih baik aku terperap dalam bilik, kemas-kemas bilik dan sebagainya.. baca buku, rehatkan diri yang pastinya.. Tapi, memang tak boleh nafi, kalo duk sorang dalam bilik ne pasti teringat-ingat ja macam-macam... teringatkan rumah, keluarga, kawan-kawan, peristiwa-peristiwa lalu, n y recently happen asasi lah.. sedih, nangis seakan menjadi rutin harian. Minta Allah azzawajalla kuatkan hati ini, kadang-kadang diri ini bertanya kenapa perlu aku tinggal di kg.E dan terpisah dari kawan-kawan yang lain?? rasa ingin saja memberontak memikirkan nasib. Namun, keimanan masih ada.. hati kecil tetap mengingatkan bahawa setiap yang Allah tentukan tu pasti ada hikmahnya.. hanya aku sahaja yang belum nampak hikmah di sebalik rancangan Allah ini.. aku benar-benar rindu dengan mereka, sentiasa aku panjatkan doa pada Dia yang Maha Mendengar buat mereka yang aku rindui.. mungkin ini salah satu hikmahnya, agar aku lebih kerap berdoa padanya, dan kerap berdoa buat insan lain. Di mana pun Allah tempatkan kita, Dia sentiasa ada bersama kita walaupun orang yang selalu bersama kita tiada. Ya Allah, tunjukkanlah aku hikmah-hikmah disebalik rancangan Mu ini..

*ya Allah, masukkan aku dalam golongan orang-orang yang bersabar keranaMU*

No comments:

Post a Comment