Sunday 15 December 2013

jaulah SANDAKAN MAREEE!

Bismillahirrahmanirrahim...
dalam kerendahan hati, memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada dia yang maha Esa kerana masih mengurniakan nafas sehingga ke saat ini.
Selawat dan salam buat junjungan tinggi murabbi agung Muhammad S.A.W.. buat keluarga baginda, sahabat sahabiah... yang banyak berjuang, berkorban peluh dan darah demi menegakkan islam sehingga sampai pada kita.. Syukur Alhamdulillah..

Waktu ini aku menulis dalam gelombang-gelombang ombak jalan didaratan. Semasa perjalanan untuk kembali semula ke Kota Kinabalu, setelah sehari berjaulah ke Sandakan.

Biarpun jaulah kali in banyak dihabiskan di dalam bas, selama lebih kurang tujuh jam di dalam bas, penat tak usah nak di kata. Semua pasti merasa. Namun inilah dia mujahadah yang kita perlu lakukan. PENGORBANAN. Sejauh mana kita sanggup berkorban untuk menggapai redha Allah?

Ya, sudah pasti ramai yang mampu berkata mengenai topik pengorbanan dijalan Allah. Namun seramai itu jugakah yang mampu untuk menterjemah segala kata-kata mereka itu dalam bentuk perbuatan?Tepuk dada, tanya iman..

Semoga Allah redha dengan apa yang telah kita usahakan ini wahai akhwat sekalian...
Andai yang lain tidak mampu memahami tindakan ini, ingatlah Allah sentiasa tahu..

*first thing first : luruskan niat!

No comments:

Post a Comment