Monday 21 April 2014

IN THE NAME OF ALLAH...

Baru sahaja refresh iman, diri sudah diuji.. ya Allah... dengan kesabaran yang rapuh dan keimanan yang nipis ini aku mohon dikuatkan ya Allah. Harapan hamba mujahadah ini tidak sia-sia. redha Mu tidak akan ku dapat tanpa aku melalui kesakitan-kesakitan yang menyakitkan... takkan mampu ku raih dengan hanya rehat memanjang atau menjadi "keyboard warrior", aku ingin jadi HERO sebenar.
Maka ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hamba di atas jalan ini. Kuatkan hamba mengawal nafsu hamba. Ya, memang selalu sahaja aku mengupdate status yang berunsur keimanan, namun hanya Engkau sahaja yang tahu perlaksanaan apa yang ku ungkapkan itu. Mungkin ada saja yang melabel aku in 'keyboard warrior', namun ya Allah bukan itu yang aku mahu.. jadikanlah aku orang yang terus BERBUAT. BERKATA MEMANG SENANG, TAPI HENDAK BERBUAT, SAIIIYAAA! Moga Allah menjauhkan aku dari sifat-sifat ini.

Aku tidak mahu menjadi orang yang tertinggal dalam jalan ini, kurniakanlah hamba kekuatan, berikan hamba cintaMu.

No comments:

Post a Comment