Wednesday 13 July 2016

Buku sulung maybe?

Buku? Pernah kah kau terfikir mu buat buku?

Ndak pernah!

Sebab menulis atau penulisan merupakan subjek yang ku paling 'SUKA' (kasi reverse, ndak suka cakap negative words, knun~) start dari sekolah rendah lagi.. until now kawan, aku paling ndak suka soalan2 essay, sebab aku malas mau semak balik.. adehai

*Accept my weakness plish

Tapi dakwah banyak mengajar, ingat kita selamanya akan berada dalam keadaan selesa, ui, indak kawan, selamanya tidak! suatu masa datang tuntutan yang bakal meruntun rasa senangmu, yang bakal merenggut masamu... mengajarmu mempersetankan semua hawa nafsu mu. Memang kawan, bukan mudah. Eh, kau fikir kalau tiada tuhan di dalam hati ku, aku sudah lama persetankan dakwah ini.

Ada perbezaan di antara PENGORBANAN dan KEBODOHAN. and i see it crystal clear in dakwah.

Kau tau ndak, pengorbanan tu something yang worth it ( i mean yang betul2 menguntungkan dunya wal akhira), dan kebodohan tu pula menganggap sudah berkorban namun cuma mencapai kejayaan sementara (duniawi x berakhir akhirat), atau sebenarnya tidak langsung mencapai apa2..

Oleh kerana itu, aku korbankan nafsuku yang tidak suka menulis, lalu ku cuba tanamkan bibit cinta moga suatu hari ia tumbuh segagahnya, aku korbankan masaku untuk menuntut ilmu penulisan agar ia bisa kusebar seluasnya menjadi talian hayat di sana nanti..

Terimalah pengorbanan yang tidak seberapa ini.

No comments:

Post a Comment