Tuesday 17 November 2015

Aku pendosa

Ya Allah...

Saat melihat sosok yang tegar berdakwah,
aku jadi lemah...
lemah kerana memikirkan mengapa aku tidak seperti mereka?
di mana keinginankan ku?


Ya Allah...

Saat melihat ramainya binaan mereka,
aku jadi lemah...
lemah kerana ku bandingkna dengan binaan ku
di mana kualitinya?
di mana ruhinya?

Ya Allah...

Saat melihat banyaknya tanggungjawab mereka,
aku jadi lemah...
lemah kerana sedikitnya tanggugjawab aku berbanding mereka,
namun masih aku terumbang ambing

Ya Allah...

Ternyata hati yang mengaku cinta ini dusta!

dusta bilamana sendiri
dusta bilamana statik
dusta bilamana membaja nafsu
dusta bilamana malas
dusta bilamana tidak mahu berfikir
dusta bilamana sedikitnya syukur
dusta bilamana angkuh
dusta bilamana berkata

Ampuni aku pendosa tegar,
Tuntuni aku dijalan yang benar,
Lindungi aku dalam lipatan fitnah
Kuatkan aku dengan kekuatan-Mu

Aku mencari di mana Khaulah al-azwar?
dan aku masih mencari...

No comments:

Post a Comment