Friday 21 June 2013

its the time to be more serious about your FUTURE!

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang, aku mulakan entry kali ini yang berkisarkan MASA DEPAN.

(59:18) wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untu hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

dalam ayat ini sendiri Allah S.W.T menyeru agar setiap orang memerhatikan apa yang telah ia lakukan untuk esok hari, dalam konteks yang lebih dekat, APA YANG TELAH KITA LAKUKAN UNTUK MASA HADAPAN KITA, DUNIA DAN AKHIRAT?? bukankah kedua-dua elemen ini adalah masa hadapan kita...ya!

mengapa ada ayat sebegini di dalam al-quran? mengapa Allah ada mengingatkan kita mengenai masa depan?

ya... kerana masa depan itu amat penting bagi diri seseorang~ apa yang telah diperbuat kita pada hari  ini menentukan apa kita akan jadi pada esok hari. Maka berhati-hati lah dan perhatikanlah kembali apa yang telah kita perbuat pada hari ini untuk masa depan yang lebih baik.. sentiasa lakukan refleksi dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dari masa ke masa...

p/s : syncronise kembali niat kita lillahitaala.

No comments:

Post a Comment