Sunday, 11 June 2017

Lailatul Qadr

Bismillahirrahmanirrahim....

Tiba-tiba datang mood mau blogging, haha

Harini sudah malam ke 17 puasa :) Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk terus menikmati Ramadhan untuk tahun inshaAllah ke-23 dalam hidup. Sis tua sudah.. huhu..

Walau apa pun, memang nampak cliche buat yeah everybody want something good and better than last year, so I hope this Ramadhan will be better than last Ramadhan, inshaAllah.

Semalam baru habis sharing Ramadhan bersama mentor, and I was amazed by the fact of Lailatul Qadr that she told us. Dia dapat dari Seminar Ibrah Juzu 'Amma by Ustaz Sya'ari, yang mana sepatutnya I pun mau pergi tapi kenak kerja, maka berhuhu lah kita, ndakpa ana_zakiah, ndak lama lagi mau habis praktikal :) Then kita susun hidup kita dengan lebih bebas! yeah.


Lailatul Qadr ada 3 maksud, yang pertama MULIA, yang kedua ndak ingat pulak tapi yang ketiga ni best! Maksud dia SEMPIT. I was like, "SEMPIT??? apa kaitan?",,, She asked us what does it means by SEMPIT there... Kami pun menjawab la kononnya... "Disempitkan jalan menuju neraka", "Disempitkan jalan berbuat kejahatan"... and bla bla bla... So she said that, SEMPIT di situ maksudnya pada malam LAilatur Qadr tu dunia ni sangat SEMPIT, disempitkan oleh malaikat-malaikat yang turun untuk mendengar dan melihat siapa hamba Allah yang ada dibumi dan berbuat ibadah pada malam itu, mereke berduyun-duyun turun ke bumi demi untuk mengaminkan segala permintaan hamba Allah pada malam itu. WOW! Hanya dalam bulan Ramadhan sahaja terdapat begitu banyak kemuliaan yang Allah bagi :') Subhanallah!

Second is the fact that Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan, selalu dengar. Tapi cukup untuk membuatkan kita WOW jugak. Seribu bulan, banyak ndak? banyangkan malam tu semua amal digandakan kepada seribu, sedekah satu ringgit sama dengan sedekah seribu ringgit. sedekah banyak lagilah banyak, sama juga halnya dengan satu kebaikan kita lakukan pada malam tu, contoh pegi majlis ilmu, satu langkar bersamaan dengan 1pahala X 1000, baru satu langkah kawan! Can u imagine? BUT BUT BUT.... for us to know, gandaan 1000 tu adalah yang paling MINIMUM, *whattttttt* maksudnya Allah bagi lebihhhhhhhhh lagi dari seribu! Ya Allah, Can't help but too excited to share this!



Semoga Allah rezekikan kita jumpa Lailatul Qadr pada tahun ni, aminnn ya Rabb. Malam tu I would like to pour my heart to Allah (oh, in fact I need to do it every night so that I have no chance to miss it)

Happy puasa you all, love you <3

#doayangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #cakapyangbaikbaik #buatyangbaikbaik

Thursday, 3 November 2016

22 y/o

Bismillah..

lamanya ndak blogging kan.. haha

Alhamdulillah, Allah izinkan mnginjak umur 22 tahun ini :")
sambutan sederhana penuh makna, ndak sambut pun im okay, used to it. tapi ada jak orang yang suka appreciate kita kan,, tengkiu so much.

i know where i,m in someone's life when it comes 28 oct every year:) and i.m good with the result.

Well, now tgh menghadapi fasa FYP, huh.. renyah do..

NASIB wajib, kalau x.. hmmm..

haha, xpala.

mom and dad, dont ask me to marry yet. please.

hhaha, statement.. sabo je le.. kbai.

Wednesday, 13 July 2016

Buku sulung maybe?

Buku? Pernah kah kau terfikir mu buat buku?

Ndak pernah!

Sebab menulis atau penulisan merupakan subjek yang ku paling 'SUKA' (kasi reverse, ndak suka cakap negative words, knun~) start dari sekolah rendah lagi.. until now kawan, aku paling ndak suka soalan2 essay, sebab aku malas mau semak balik.. adehai

*Accept my weakness plish

Tapi dakwah banyak mengajar, ingat kita selamanya akan berada dalam keadaan selesa, ui, indak kawan, selamanya tidak! suatu masa datang tuntutan yang bakal meruntun rasa senangmu, yang bakal merenggut masamu... mengajarmu mempersetankan semua hawa nafsu mu. Memang kawan, bukan mudah. Eh, kau fikir kalau tiada tuhan di dalam hati ku, aku sudah lama persetankan dakwah ini.

Ada perbezaan di antara PENGORBANAN dan KEBODOHAN. and i see it crystal clear in dakwah.

Kau tau ndak, pengorbanan tu something yang worth it ( i mean yang betul2 menguntungkan dunya wal akhira), dan kebodohan tu pula menganggap sudah berkorban namun cuma mencapai kejayaan sementara (duniawi x berakhir akhirat), atau sebenarnya tidak langsung mencapai apa2..

Oleh kerana itu, aku korbankan nafsuku yang tidak suka menulis, lalu ku cuba tanamkan bibit cinta moga suatu hari ia tumbuh segagahnya, aku korbankan masaku untuk menuntut ilmu penulisan agar ia bisa kusebar seluasnya menjadi talian hayat di sana nanti..

Terimalah pengorbanan yang tidak seberapa ini.

Tuesday, 14 June 2016

Zakiah_Zain:
Bersungguh adalah antara sifat yang WAJIB ada dalam hendak memenangkan ISLAM.

Sedang para sahabat dan Rasulullah, sentiasa BERSUNGGUH dalam menegakkan agama islam.. tak pernah dalam lembaran sirah mengatakan kemenangan islam tidak diiringi oleh kesungguhan orang2 y hebat ini.

KUNCINYA ADALAH KESUNGGUHAN!

Allah telah memberi AMANAH dan KEPERCAYAAN kepada kita untuk memikul dakwah ini,
TETAPI KITA TIDAK PERNAH MEWUJUDKAN RASA KESUNGGUHAN HENDAK BERBUAT?

MENGAPA MEMPERMAINKAN KEPERCAYAAN ALLAH?

Ingatlah, orang yang tak bersungguh dalam jalan ni suatu hari nanti antum semua akan TERLEPAS DARI PANDANGAN ALLAH!

which means, Allah xnak pndang dah pun..

Maka RUGI lah kita bila suatu hari nanti Allah mencabut nikmat TERBESARNYA daripada kita.

Allahuu~ aku ter'ouch' dengan kata2 ku sendiri��

Allah, kuatkanlah aku...

Sunday, 12 June 2016

My dear friend, i'll be missing u.

For real.

I even don't know where are u ryt now.

aku serahkan kau dalam jagaan terbaik Rabbku.

Friday, 10 June 2016

Timelapse

Ndak sedar rupanya sudah tua...
Its been 21 years ++

Mama ku cakap, sudah layak kawin~ haha

Biasa la, zaman sekarang semua mau cakap pasal kawin, jumpa maci tanya begitu, jumpa paci tanya begitu juga  lagi-lagi kau balik kampung, tambah lagi kazen2 kau yang sebaya dengan kau semua suda ada calon.. haha.. tahniah la~

Alamak, panjang pula bahas pasal tu.. kikiki

Bila scroll down balik semua benda yang aku tulis di blog ni, rasa lucu jak.. betapa kebudak-budakannya dulu, entah siapa yang menginspirasi untuk berkarya di dalam blog ni.. sebab bukan jenis menulis pun, jarang lah~

Selalu buka pun time study week, macam sekarang lah, patut la aku suka godek blog dan tiba2 rajin buat entry.. haha, ni sebab case tepu sudah membaca nota berjela..

Heh, sungguh ndak sama masa sekolah menengah dan sekarang, kadang2 rindu masa sekolah dlu, rindu suasana, rindu orang2 dia... huaaa���� aku dah kenapa?

Ya lor, sekarang semua sudah besar panjang, bertebaran di merata dunia..

Sebab apa ni tiba2? Haha.. makin besar makin banyak tanggungjawab perlu di galas.. tu yang kalau boleh mau jadi kanak2 sentiasa, weh, kadang2 terfikir mau kawin awal sebab sweetkan, tapi disebalik ke'sweet'an tu, banyak lagi tanggungjawab besar tersembunyi, macam iceberg... atasnya sikit syak nampak  di bawah dia bongkah besar gedabak kita x nampak, bukan tu jak, banyak lagi tanggungjawab as anak, student, rakyat malaysia dan paling penting as a muslim..

Alhamdulillah, Allah ni maha pengasih dan penyayang, dalam ramai2 manusia Allah pilih aku untuk di sentuh tarbiyah.. persoalannya kenapa aku? Ni soalan dulu mula2 tarbiyah.. haha *poyo* aku masih ingat Murobiyah aku cakap, tak rasa best ke Allah pilih kita, sedangkan kalau makhluk Allah pilih kita contoh macam TNC pilih kita jadi pemenang duk satu kerusi makan dengan dia, weh.. bangga kott! Samalah sepatutnya perasaan kita terhadap decision Allah memilih kita, jadi harus bersikap seperti orang yang terpilih.. berat tanggungjawab, ya memang! Tapi syurga itu manis wal mahal. Takkan dapat syurga untuk orang yang bersenang lenang di dunia.. maka harus wujud namanya PENGORBANAN. Tengok jak lah, cuba tanya orang2 yang bercinta tu mesti masak sudah dengan pengorbanan, korban duit dan sebagainya, bukti lain ibu bapa, sanggup korban apa sahaja demi anak yang dicintai.. begitu pula demi cinta Allah, hal yang sama perlu kita lakukan.

Sebenarnya, sangat bersyukur la mau cakap, masih dipilih sampai hari ini, hari esok masik kita pun ndak tau.. Tapi, satu janjiku, TAKKAN BERPALING DARIMU.

Doakan aku istiqomah sampai mati.

Wednesday, 8 June 2016

CURHAT

Sweetnya Dia.

Saat aku perlukan jawapan, tak semena-mena terbaca, terlihat dan terfikir..

Huh.. cayaq~

Sweetnya...

Ya Allah, terima kasih kerana selalu ada untuk aku

Serius, memang betul2 shoot apa y terbaca hari ni.

Memang benar, indah bila dapat benar2 communicate dengan Dia��

Tuesday, 17 November 2015

Aku pendosa

Ya Allah...

Saat melihat sosok yang tegar berdakwah,
aku jadi lemah...
lemah kerana memikirkan mengapa aku tidak seperti mereka?
di mana keinginankan ku?


Ya Allah...

Saat melihat ramainya binaan mereka,
aku jadi lemah...
lemah kerana ku bandingkna dengan binaan ku
di mana kualitinya?
di mana ruhinya?

Ya Allah...

Saat melihat banyaknya tanggungjawab mereka,
aku jadi lemah...
lemah kerana sedikitnya tanggugjawab aku berbanding mereka,
namun masih aku terumbang ambing

Ya Allah...

Ternyata hati yang mengaku cinta ini dusta!

dusta bilamana sendiri
dusta bilamana statik
dusta bilamana membaja nafsu
dusta bilamana malas
dusta bilamana tidak mahu berfikir
dusta bilamana sedikitnya syukur
dusta bilamana angkuh
dusta bilamana berkata

Ampuni aku pendosa tegar,
Tuntuni aku dijalan yang benar,
Lindungi aku dalam lipatan fitnah
Kuatkan aku dengan kekuatan-Mu

Aku mencari di mana Khaulah al-azwar?
dan aku masih mencari...

Sunday, 11 October 2015

MR.T

Bismillahirrahmanirrahim,,

Tidak tergambar rasa syukur, tidak ternilai rasa bahagia..

dipertemu dengan MR.T, (hah, siapa pula ni, haha)

dan masih setia pada-Nya...

Dialah yang memberi kekuatan yang LUAR BIASA HEBAT.

Pemangkin semangat AS-SYABAB

Bertemu demi MEMENANGKAN agama-Nya

Berkorban APA SAJA jua bisa!

Kami TIDAK GENTAR!

Kami adalah ANAK PANAH Islam...


Sunday, 12 April 2015

Gunung Kinabalu itu selalu memanggil kembali kenangan-kenangan lalu,
Saat aku tatap ia, jiwa ku menerawang..
Ia slalu berjaya bawa ku ke masa silam..
Kadang terasa manis, kadang rasa kelat..

Monday, 12 January 2015

#lapangdada

Benar bukan mudah melaksana seperti berkata,
kita mampu dengan hebat berkata

"BERLAPANG DADALAH KAMU.."

Berkali-kali dalam beberapa tahun tarbiyah kita ini.

Tidak terkira.

Bukan mudah.

Kerana ia menuntut perasaan mu, menuntut air mata mu, menuntut masa mu, juga menuntut hari-hari mu...

Bersama LAPANG DADA itu juga, perlu adanya KESABARAN yang tidak mungkin dibangun dalam masa sehari dua tarbiyah, malah biar bertahun pun kadang masih sakit menyesuai diri..

Saat itu, hanya Allah tahu apa yang kita rasa. Dengan sedikit sabar, ia menjadi lebih manis. Biar tampak lemah di hadapan Allah, menangislah jika ia mampu buatmu mengumpul kekuatan.

Saturday, 10 January 2015

Ajarkan aku

Bismillahirrahmanirrohim...

Alhamdulillah, ye.. sudah habis exam :)

Dan menghabiskan exam dengan gilang-gemilangnya.. hihi

Dan adalah aku, mencari filem2 yang bermanfaat untuk ditonton..

dan adalah aku dapat dua filem yang sangat memberi ibrah.

dan adalah yang pertama NEGERI 5 MENARA

dan adalah yang kedua DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

MasyaAllah... memang banyak pengajaran.

*eventough ada yang slack juga, tapi memang inspiratif*

Aku ingin menjadi seperti dia yang mampu berbakti walau pada lapisan masyarakat yang paling bawah

Aku ingin menjadi seperti dia yang begitu sabar dan masih mampu tersenyum walau dihina dan dipulau yang lain kerana dia tahu dia punya Allah

Ajari aku untuk menjadi seperti itu...

Thursday, 8 January 2015

A friend of mine

"Salam jack.. haha.. tiba aq teringat badge yg kau bg aq dlu.. dont study last minute but study till the last minute.. aq tgh final sem 3.. doakan aq k.. my secret secretary.. haha.."


Ndak pernah ingat pla aku pernah bagi... tapi, kawan.. tanx for remembering back my WORDS.

Tuesday, 30 December 2014

Almighty Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Demi nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Kuat, Yang Maha Memberi Rezeki..

Hari ini Kau masih saksikan aku di atas bumi-Mu ini cuba sedaya upaya untuk terus tetap teguh..

Aku tidak tahu dari mana datang kuasa yang sangat positif, namun aku tahu Kau adalah puncanya.

Sampai bisa bersyukur juga merupakan satu nikmat yang sangat indah pernah Kau beri padaku

Baiknyaaaaa Allah...

Biar diri pembuat dosa yang tegar, masih bisa saja hari ini aku hidup dibawah limpahan rahmat-Mu

Baiknyaaa Allah...

Ya Allah, sungguh tidak goyang arasy Mu biar jikalau pun ramai yang menyekutukan Mu, tidak luak sedikit pu Kekayaan Mu saat kau memberi begitu banyak nikmat pada diri yang hina ini...

Ya Allah, Hamba Mohon cabut nyawa hamba ketika hamba benar-benar tunduk pada Mu, ketika tiada yang lain dalam hati hanya Engkau...

Saat nyawa dihujung kerongkongan, berilah hamba peluang menyebut namaMU dengan penuh cinta..

Hakikatnya hamba masih sedikit berbuat...

Namun janji hamba, tetap akan terus setia di jalan ini..

Kerana apa?

Kerana hamba teringin benar MELIHAT DAN BERTEMU MU NANTI.


Sunday, 28 December 2014

Si Melan

Bismillahirrahmanirrahim....

Mem'blog' semasa minggu exam...

Nothing much to say, juz a plenty of rasa Syukur pada Dia kerana masih menghidupkan aku dengan nikmat yang sangat banyak, masih bagi aku kesedaran betapa kerdilnya aku, masih membenarkan aku untuk berbuat, masih mampu aku rasai kehangatan kasih sayang-Nya..

Recently, baru buat personality test.. Surprisingly, got Melan  at the highest ranking. heh
PATUT la..



Tuesday, 25 November 2014

Won't forget

Bismillahirrahmanirrahim...

2 tarikh yang xkan ak lupa

14/12/12 dan pasangannya 20/11/14

haha.. first time being so specific, benda yang sangat effected in ur life kan, benda tu la yang susah kita nak lupa :)

mungkin akan bertambah lagi, so far only this two yang sangat terkesan dan berkesan.

and as i said, i will only elaborate when i want.

chill.

sa ok sedja, Allah ada.

Sekian.

Friday, 14 November 2014

Blogging matcam DIARI

Bismillah...

Currently at Beringgis Beach Resort sedang mengahdiri satu bengkel, INCUBATION INTEPRENUER...



*dalam bilik ada wifi free*

Dari pengankutan, tempat tidur sampai makan semua ditaja... or we can say free. Worth it, sbb semua benda free then dapat ilmu yang bagus lagi.. pergh memang package, Alhamdulillah ya Rabb. heaven..

Since when minat dalam niaga-niaga?
SINCE niaga tudung dan dapat sambutan yang hangat, mahu try dan try lagi dalam dunia bisnes.. dan duit nampak begitu menggiurkan.

Impian dalam bisnes?
NAK bisnes sampai boleh beli kereta sendiri pada usia yang muda.
INFAK KRS dll.
TIKET bukan lagi masalah besar.

#peniagaberjaya

Selain daripada itu, alhamdulillah this sem banyak sangat benda dah upgrade, syukur ya RAbb
BAWA moto dah makin laju. *haha, poyo*
DISCOVER dan MENYALURKAN bakat dengan betul *learn Corel Draw*
BELAJAR menjadi pemimpin *tiba2 banyak jadi masulah*
TERTUBUHNYA Empire Design.
MASUK buat program di SMESH

#designerberjaya

Alhamdulillah...

Actually got so many thing in my mind, but u know.. i'm too lazy too type it all here.. so basically, this is all the thing that have happen so Far.

Salam dari penuntut ilmu, pengejar kekayaan.


Tuesday, 23 September 2014

Lab Bakery FUN ^^

Bismillahirrahmanirrahim...

Its been 3 weeks (i guess) since we start study in second year, third sem.

And for the first time in my life, i feel very happy to be in lab!

hihi..

Kemarin lab bakery sangat menyenangkan, kitaorang blajar buat bun. Siapa sangka, not even me.. Sangat teruja sebab boleh buat dengan tangan sendiri even ndakla sama dengan bun-bun di luar sana.. biasala first time buat. Lab assistant cakap kami ni pandai masak maggi jak, haha.. perli nampak bang.. BTW, ndak terlambat lagi kami mau blajar.. next week going to buat muffin ^^
ndaktau la kenapa gembira sangat ni.. huhu



TQ for this gold opportunity ya RABB.

kbai ^^

Friday, 29 August 2014

Komitmen..

Bismillahirrahmanirrahim...

hoyeh! mau abis sda kita punya cuti kan.... so, sudah ready kah mau masuk sem 3? *hope so..*

lepas cuti yang panjang ne, banyak tanggungjawap beratur tunggu kita untuk kita galas dorang...sedar ndak?

mau galas tanggungjawab perlukan komitmen right?

latih diri untuk pandai berkomitmen... kita mau something, tapi komitmen ya Allah, R.I.P komitmen kawan aku bilang..

seorang daie komitmennya pada agama, study, diri, keluarga bahkan pada masyarakat.

"siapa sja yang mengucap syahadah adalah seorang daie"

and its me, you, You and YOU!

hakikatnya kita tiada masa untuk jadi biasa-biasa shaja, life is too short to be an ordinary people..

ok, daaa...

selamat berjuang mujahid mujahidah!


Friday, 18 July 2014

Cintaku tertinggal di Sabah...

Bismillah...

currently tinggal di sabah...
previously tinggal di sabah...
*uwww bajet jak*

i'm proudly Sabahan :)

dalam beberapa tahun ne, mmg slalu jgak pgi seberang laut china selatan, tanah semenanjung... atas urusan2 business... aisehmen~ trip-trip sdah keja bha... and seriously, ak rsa ak mmg xbleh tggl dkt sna, 'dkt sna' means KL.. even dlu pernah la ada hasrat nak hasbeng org sna.. its very sesak, ramai sangat org, bangunan tinggi-tinggi., fly over dia tinggi, takut jak bas tu jatuh... mmg la hebat dan maju, nda boleh nafikan... but i'd prefer city that surrounded by flora and fauna.. MACAM DI KK *nyanyi lagu mcm di KK* mybe kl jak yang macam tu, x pernah lagi stay-stay dekat negeri lain... kalo ikut hasrat hati, mau la jga merasa tinggal dekat kampung-kampung yang banyak sawah padi tu, macam dalam tv.. chantek btul ow~

Tapi, one thing i love the most about Sabah is GUNUNG KINABALU...

MASYAALLAH, SUBAHANALLAH!
it is so beautiful. Aku xkan pernah lupa pengalaman dapat daki gunung ne sampai puncak, the view... memang pergh! kalau diberi kesempatan mmg mau lagi naik...
dan ak betul-betul sdah jatuh cinta dengan keindahan tu..

kalau datang sabah, daki la gunung kinabalu, x menyesal.. kalo xdpt daki pun, at least tgok dia dgn mata kepala sendiri... cnfirm jatuh cinta...

YA ALLAH, tq for giving me this chance.

owh, i'm so in love with u.

Laban Rata, where we eat and sleep before continue hiking tomorow early morning.

View from the top of it.

Not to forget, ok forgot already... nevermind.

kbai.